Antagonis (Antagonist) berasal dari bahasa Yunani ἀνταγωνιστής – antagonistes yang bermaksud “lawan, pesaing, atau saingan.”
Dalam drama, antagonis selalunya ditujukan kepada pelakon-pelakon yang memegang watak jahat.
Walaupun istilah ini telah lama wujud, tapi jarang digunakan di Malaysia. Penulis baru mendengar istilah ini disebut di TV3 ketika pelakon sinetron “Bawang Putih dan Bawang Merah” datang ke Malaysia.
“Saya memerankan karakter antagonis,” kata pelakon tersebut ketika diwawancara oleh wartawan TV3. Penulis tidak tahu nama pelakon antagonis tersebut kerana tidak mengikuti sinetron yang popular itu.
Sejak itu, istilah antangonis ini sering digunakan oleh media di Malaysia.
Dalam ruangan hiburan Kosmo hari ini disiarkan satu tajuk “Gadis Antagonis.”

Gadis Antagonis Kosmo!
Copyright secured by Digiprove © 2010 Syafrein Effendi Usman
