SYAFREIN.COM

home and family guide

Ustaz Ahmad Sonhaji telah tiada

ustaz Sonhaji

Saya menginap sebilik bersama ustaz Sonhaji di Narai Hotel, Bangkok, 1989.

Semalam isteri saya menerima SMS dari adiknya di Singapura, “Ustaz Sonhaji meninggal jam 7 pagi tadi.”

Berita Harian Singapura hari ini melaporkan:

Ustaz Ahmad Sonhadji meninggal dunia selepas beberapa bulan berada di Hospital Universiti Nasional (NUH) kerana sakit radang paru-paru dan penyakit ginjal.

Menurut keluarganya, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir sekitar 8.30 pagi di NUH.

Jenazah beliau kemudian dibawa pulang ke rumahnya di Toa Payoh sebelum dibawa ke Masjid Muhajirin bagi solat jenazah yang dipimpin Mufti Syed Isa Semait yang merupakan bekas anak muridnya.

Makan malam sebuah restoran berputar di menara sebuah hotel di Bangkok.

Ustaz Ahmad Sonhadji Mohamad merupakan ulama terkemuka di Singapura “yang berjasa bukan saja dalam bidang agama malah dalam memajukan kehidupan beragama masyarakat setempat,” lapor BHS.

Saya dan keluarga mengucapkan takziah kepada keluarga Ustaz Ahmad Sonhaji, semoga ruhnya dicucuri rahmat Allah SWT.

Kulit depan Tafsir Abr al-Athir yang siap diterbitkan lengkap 30 juzu 1991.

Saya mempunyai pengalaman manis dengan arwah ketika menerbit Tafsir Al-Quran Abr al-Athir pada tahu 1985 – 1991. Ketika itu saya sebagai ketua editor Pustaka Al-Mizan yang menerbitkan tafsir tersebut.

Saya juga sempat bersama beliau  ke Bangkok meninjau kilang al-Quran di sana. Kami menginap sebilik di Narai Hotel Bangkok.

Ustaz Ahmad Sonhaji amat baik dan mudah bergaul dengan sesiapa sahaja tak kira usia. Beliau juga suka menghubungkan silaturahim dan menziarahi murid-muridnya yang tersebar di Malaysia dan Brunei.

“Menghubungi silaturahim akan memanjangkan umur,” jawab beliau ketika saya bertanya kenapa beliau suka menziarahi murid-muridnya jika datang ke Kuala Lumpur. Jawabannya itu bersadasarkan hadis Rasulullah s.a.w.

Ustaz Sonhaji sedang diwawancarai oleh mahasiswi dari IAIN Sunan Kalijaga Yogyakarta ketika memegang jawatan mudir madarsah al-Juneid, 1980.

Ternyata usia beliau memang panjang. Pada 18 Ogos ini genaplah usianya 88 tahun. Beliau dilahirkan di desa Pengging, Surakarta, Jawa Tengah pada 18 hari bulan Ogos 1922.  Surakarta lebih dikenali dengan nama Solo.

“Allahumma ya Allah ampunilah dosa-dosa beliau, kasihanilah beliau, afiat dan maafkanlah beliau. Amin!”

Saat-saat akhir:

Ahmad Sonhaji Mohamad (Foto: Berita Harian Singapura)

Ahmad Sonhaji Mohamad (Foto: Cyberita, Singapura)

Ahmad Sonhaji Mohamad

Jenazah ustaz Ahmad Sonhaji Mohamad disolatkan di Masjid Muhajirin.

Copyright secured by Digiprove © 2010 Syafrein Effendi Usman

Bad Behavior has blocked 104 access attempts in the last 7 days.

Switch to our mobile site