SYAFREIN.COM

home and family guide

Khutbah pertama Ramadan 1431 di Masjid al-Haram

Solat Jumaat pertama Ramadan tahun ini di Masjid Al-Haram, Mekah. (AN foto oleh Ahmad Hashad)

Imam dan Khatib Masjid al-Haram Syeikh Salih bin Abdullah bin Humaid menggunakan khutbah Jumat pertama bulan suci Ramadan untuk memuji dekri kerajaan melarang orang tidak berkelayakan mengeluarkan fatwa.

“Penjaga Dua Masjid Suci Raja Abdullah telah telah mengeluarkan garis panduan proses mengeluarkan fatwa dan melindungi undang-undang Syari’ah dari penyelewengan orang yang tidak berkelayakan yang menyeleweng dari sunnah Nabi (saw) dan para pengikutnya yang sejati,” kata syekh, yang juga ketua majlis mahkamah tertinggi.

“Raja bertekad untuk menghentikan pelanggaran apapun terhadap ajaran agama rasmi.”

Imam juga meminta para Mukmin untuk menjadi Muslim yang sebenar dengan menyembah hanya kepada Allah  sahaja dan menjauhkan perbuatan khurafat.

Ribuan umat Islam menunaikan solat Jumat pertama Ramadan di Masjid Al-Haram dalam suasana penuh khussyuk. Beberapa ribu orang telah tiba di Mekah untuk menunaikan ibadah Umrah pada bulan Ramadan tahun ini.

Menurut perangkaan rasmi, Muslim dari seluruh dunia yang menunaikan umrah tahun ini dijangkka mencecah 3.7 juta orang. Mekah dan Madinah telah dipersiapkan dengan baik dari awal lagi untuk menerima pelawat dari dalam dan luar Saudi dan membantu mereka melakukan ibadah mereka dengan tenang dan nyaman.

Semua jabatan kerajaan dan syarikat swasta yang terlibat telah selesai melaksanakan tugas masing-masing. Timbalan pengerusi urusan Masjid al-Haram Muhammad Al-Khuzaim berkata pelan organisasi Umrah musim ini adalah untuk mendidik dan memberi penerangan kepada para pengunjung tentang Islam.

Dia mengatakan beberapa sarjana telah dikerahkan di Masjid al-Haram untuk menjawab soalan dari para jamaah.  ”Mereka mengajar para jamaah di dalam al-Haram dalam pelbagai bahasa,” tambahnya.

Pengarah jabatan urusan kesihatan Makkah Dr Khaled Zafar berkata lima pusat kesihatan sedia memberikan perkhidmatan kepada para jamaah di setiap penjuru Masjid al-Haram. Hal ini merupakan tambahan untuk lima pusat lain yang disediakan di halaman masjid tersebut.

“Ada 29 pusat kesihatan di Makkah yang menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada para jemaah umrah. Mereka juga boleh menggunakan hospital besar di Makkah, Jeddah dan Taif.” tambahnya lagi.

Datuk Bandar Mekah Osama bin Fadl Al-Bar berkata banyak prhatian akan diberikan pada pembersihan kota suci agar penduduk dan pengunjung merasa selesa.

Dia mengatakan lebih dari 8500 pekerja dengan lebih daripada 810 buah  peralatan pembersihan yang terlibat dalam memastikan bandar dan Masjid al-Haram sentiasa bersih.

Pengarah jabatan trafik Mekah Kolonel Ahmad Al-Otaibi Nashi berkata 1900 pelajar dan 600 tenaga penyokong akan membantu polis trafik bandar mengatur arus lalu lintas selama bulan puasa.

Dia mengatakan kereta tidak akan dibenarkan masuk ke kawasan-kawasan berhampiran Masjid al-Haram.

Jabatan Pertahanan Awam telah menyediakan helikopter untuk menangani setiap situasi kecemasan. Pengarahnya, Brigjen.  Jameel Arbaeen, berkata pasukan bomba dan penyelamat yang sentiasa dalam keadaan bersedia siang dan malam. (Arab News)

Copyright secured by Digiprove © 2010 Syafrein Effendi Usman

Bad Behavior has blocked 104 access attempts in the last 7 days.

Switch to our mobile site