SYAFREIN.COM

home and family guide

Nikah

Dari Syafrein.com, sebuah ensiklopedia maya

Nikah (bahasa Arab: النكاح) juga dikenali kahwin (bahasa Melayu) dan kawin (bahasa Indonesia) adalah perikatan yang sah antara lelaki dengan perempuan menjadi suami isteri. Perkahwinan: Perihal berkahwin, yakni pergabungan yang sah antara dua insan yang berlainan jenis (lelaki dan perempuan)

Nikah  menurut bahasa: Berkumpul dan bercampur. Nikah menurut istilah syara’: Ijab dan qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan dengan kata-kata yg menunjukkan nikah menurut peraturan yg ditentukan oleh Islam.

Dalil-dalil Pernikahan

Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman. (al-Nisa: 3)

“Wahai golongan pemuda, barangsiapa di antara kamu yg mampu kahwin maka hendaklah ia kahwin kerana kahwin itu dapat menundukkan pandangan mata dan lebih mampu dapat mengekang nafsu dan barangsiapa yg tidak mampu berkahwin, maka hendaklah ia berpuasa kerana puasa itu dapat mengekang hawa nafsu” (Hadis riwayat al-Bukhari, Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai)

Kahwinilah kamu wanita itu kerana sesungguhnya mereka akan mendatangkan (rezeki) kepada kamu (Hadis)

Hukum Pernikahan

  • Sunat: Inilah pendapat jumhur ulama’ bagi yang mampu bagi yang mampu dan berhajat untuk menikah tetapi aman (dapat mengawal) dirinya dari zina.
  • Harus/Mubah: Bagi orang yang mampu dari segi perbelanjaan tetapi tidak berhajat untuk menikah. Bagi orang yang tidak terdesak oleh alasan-alasan yang mewajibkan segera kahwin atau kerana alasan-alasan yang mengharamkan untuk berkahwin.
  • Wajib: Mampu dan berhajat untuk menikah dan tidak dapat mengawal nafsu dari perbuatan zina.
  • Makruh: Bagi orang yang berhajat,  tidak mampu memberi nafkah lahir dan batin tetapi tidak memudaratkan isteri.
  • Haram: Bagi orang yang tidak berhajat dan tidak  mampu memberi nafkah lahir dan batin dan memudaratkan isteri. Juga, berkahwin secara tidak jujur (misalnya, mahu melacurkan isterinya.)

Hikmah dan Tujuan Pernikahan

  • Untuk memperolehi ketenangan dan kasih sayang.

Maksud ayat “Dan di antara tanda-tanda membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih saying, belas kasihan”.

  • Untuk memelihara kesucian diri

Maksud Hadith “Wahai golongan pemuda, barangsiapa di antara kamu yg mampu kahwin maka hendaklah ia kahwin kerana kahwin itu dapat menundukkan pandangan mata dan lebih mampu dapat mengekang nafsu dan barangsiapa yg tidak mampu berkahwin, maka hendaklah ia berpuasa kerana puasa itu dapat mengekang hawa nafsu” (Riwayat al-Bukhari, Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai)

  • Untuk melaksanakan salah satu tuntutan syari’at.
  • Untuk menjaga keturunan
  • Sebagai media pendidikan
  • Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab
  • Dapat menghubungkan silaturrahim

Kepentingan Pernikahan

  • Allah mencipta manusia untuk mengurus dan memakmurkan alam ini. Oleh itu, manusia perlu hidup bermasyarakat dan berketurunan.
  • Perkahwinan Islam berperanan membentuk keluarga dan masyarakat yang baik.
  • Perkahwinan Islam menyekat zina, dan lain-lain.

Galakan Berkahwin

  • Hadis riwayat Abdullah bin Mas`ud r.a.  dari Alqamah, dia berkata: Aku sedang berjalan bersama Abdullah di Mina lalu ia bertemu dengan Usman yang segera bangkit dan mengajaknya bicara. Usman berkata kepada Abdullah: Wahai Abu Abdurrahman, inginkah kamu kami kahwinkan dengan seorang perempuan yang masih belia? Mungkin ia dapat mengingatkan kembali masa lalumu yang indah. Abdullah menjawab: Kalau kamu telah mengatakan seperti itu, maka Rasulullah saw. pun bersabda: Wahai kaum pemuda! Barang siapa di antara kamu sekalian yang sudah mampu memberi nafkah, maka hendaklah ia menikah, karena sesungguhnya menikah itu lebih dapat menahan pandangan mata dan melindungi kemaluan (alat kelamin). Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah ia berpuasa, karena puasa itu dapat menjadi penawar bagi nafsu Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 2485
  • Hadis riwayat Anas r.a. bahwa beberapa orang sahabat Nabi saw. bertanya secara diam-diam kepada istri-istri Nabi saw. tentang amal ibadah beliau. Lalu di antara mereka ada yang mengatakan: Aku tidak akan menikah dengan wanita. Yang lain berkata: Aku tidak akan memakan daging. Dan yang lain lagi mengatakan: Aku tidak akan tidur dengan alas. Mendengar itu, Nabi saw. memuji Allah dan bersabda: Apa yang diinginkan orang-orang yang berkata begini, begini! Padahal aku sendiri salat dan tidur, berpuasa dan berbuka serta menikahi wanita! Barang siapa yang tidak menyukai sunahku, maka ia bukan termasuk golonganku Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 2487
  • Hadis riwayat Sa`ad bin Abu Waqqash r.a., ia berkata:
    Rasulullah saw. melarang Usman bin Mazh`un hidup mengurung diri untuk beribadah dan menjauhi wanita (istri) dan seandainya beliau mengizinkan, niscaya kami akan mengebiri diri Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 2488

Jenis-jenis Pernikahan

  • Monogami: Seseorang memiliki hanya satu suami atau isteri pada sesuatu masa.
  • Poligami: Perkahwinan kepada lebih dari satu suami atau isteri (sesuai dengan jenis kelamin orang bersangkutan) sekaligus pada suatu masa (berlawanan dengan monogami).

Poligami dibahagi 3:

  • Poligini: seorang lelaki memiliki ramai isteri dalam satu masa.
  • Poliandri: Pernikahan yang berlaku antara seorang perempuan dengan beberapa orang lelaki. Contoh: Orang-orang bukit di India dan Arab zaman Jahiliyah.
  • Pernikahan berkelompok (group marriage): iaitu gabungan poligini dan poliandri.

Pemilihan Jodoh

Faktor Pemilihan (Perempuan)

  • Teguh pegangan agama
  • Berakhlak mulia
  • Baik/manis air muka
  • Tidak tinggi mahar & belanja kahwin
  • Subur
  • Gadis
  • Keturunan orang baik/salih
  • Bukan dari kerabat hampir

Faktor Pemilihan (Lelaki)

  • Teguh pegangan agama
  • Bertanggungjawab & berakhlak mulia
  • Berlapang dada,penyantun & pemaaf
  • Bersifat hemat dan cermat (berhati-hati dalam mengurus harta dan masa)
  • Bersifat tenang dan waspada

Sekufu (al-Kafa’ah)

Sekufu adalah kesetaraan antara suami isteri pada perkara-perkara tertentu.
Kesetaraan sebagai perkara yang penting untuk mewujudkan kebahagiaan rumahtangga, ketenteraman keluarga, menjamin keteguhan ikatan pernikahan.

Peminangan

Pihak lelaki menyatakan hasratnya untuk menikah dengan seorang perempuan secara langsung atau melalui kerabat atau sahabatnya yang diutus khas merundingkan pernikahan itu.

Melihat calon isteri

Al-Mughirah Bin Syu’bah telah meminang seorang perempuan untuk dikahwininya. Rasulullah bertanya kepadanya: “Apakah engkau telah melihatnya?” Jawab: “Tidak!” Lalu baginda bersabda: Lihatlah kepadanya kerana melihat itu lebih patut atau lebih kuat untuk mengekalkan (perkahwinan) kamu berdua.”

Batasan Melihat

Imam Malik mengharuskan melihat muka dan dua tapak tangan sahaja. Inilah yang dipegang oleh kebanyak ulama fiqah.

Imam Abu Hanifah: boleh melihat dua kaki, muka dan dua tapak tangan.
Perbuatan melihat itu boleh dilakukan beberapa kali jikalau keadaan memerlukan demikian.

Para fuqaha’ bersetuju bahawa melihat perempuan secara berkhalwat di antara mereka berdua tidak dibenarkan.

“Apabila berkhalwat seseorang lelaki dengan perempuan, maka pihak ketiganya ialah syaitan.” Hadith

Pihak perempuan sunat melihat bakal suaminya pada bahagian yang selain aurat untuk memberi peluang sama di antara bakal isteri dan suami.

Syarat Pinangan
Perempuan itu boleh dipinang iaitu boleh diakadnikahkan pada masa itu.
Jangan meminang perempuan yang dihukumkan haram olehnya selama-lamanya.
Jangan meminang perempuan yang dikuhukumkan haram sementara kepadanya (Misal: perempuan bersuami, dalam tempoh ‘iddah)

Para ulama sepakat mengatakan haram meminang perempuan dalam tempoh ‘iddah cerai raj’i sama ada dg lafaz yg terus terang atau kiasan kerana perempuan tsb masih ada lagi pertalian dg suaminya, yakni pihak suami masih mempunyai kuasa rujuk terhadapnya selagi tempoh ‘iddah belum berakhir walaupun tanpa kerelaan isteri.
Oleh itu jika seorang lelaki meminangnya pada masa ‘iddah cerai raj’i keadaannya itu seperti meminang isteri orang lain, maka hukumnya haram.

Harus meminang perempuan yg masih dlm ‘iddah kematian suaminya dengan cara kiasan, tidak dg berterus terang.
… Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara kiasan) untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam ‘iddah). (Surah Al-Baqarah 2:235)

Cara Meminang

Sunat membaca khutbah pada awalnya, yakni peminang lebih dulu memuji Allah, selawat Nabi (s.a.w) sambil berpesan supaya bertaqwa kepada Allah kemudian barulah dia menyatakan hajatnya:
“Saya datang ke sini untuk meminang anak tuan.”
Selepas itu pihak wali perempuan pula berkhutbah, misalnya: “Saya menerima pinangan tuan terhadap anak saya.”

Membatalkan Pertunangan

Apabila tunang lelaki memungkiri janji pertunangan yg telah dipersetujui kedua belah pihak, atau tunang perempuan menolak semula selepas diisytiharkan pertunangan sedangkan pihak peminang telah membayar mahar semuanya atau sebahagiannya maka bolehlah dia menuntut semula pembayaran itu.

Jika barang itu masih ada maka boleh dia mengambilnya.
Jika barang itu telah diproseskan bolehlah dia menuntut harganya kerana pemberian itu sebagai janji hendak berkahwin sahaja.
Jika pemberian itu sebagai hadiah, hukumnya demikian juga. Ada pendapat mengatakan, dia boleh menuntut hadiah itu sekiranya belum rosak atau belum diberikan kpd orang lain. Jika sudah maka tidak boleh dituntut lagi kerana hadiah itu sebagi hibbah (pemberian) semata-mata.

Menurut mazhab Maliki tunang lelaki tidak berhak menuntut barang-barang hadiah itu sedikit pun, walaupun barang itu masih ada dlm tangan perempuan atau pembatalan itu timbul daripada pihak perempuan, bukan pihak lelaki.
Fatwa mazhab Maliki yang rajihnya, jika pembatalan itu dilakukan oleh tunang lelaki, dia tidak berhak menuntutnya semula.

ENAKMEN 12 TAHUN 2002 ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN II – PERKAHWINAN
Seksyen 15. Pertunangan Jika mana-mana orang telah mengikat suatu pertunangan mengikut Hukum Syarak, sama ada secara lisan atau secara bertulis, dan sama ada secara bersendirian atau melalui seorang perantara, dan kemudiannya enggan berkahwin dengan pihak yang satu lagi itu tanpa apa-apa sebab yang sah manakala pihak yang satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak yang mungkir adalah bertanggungan memulangkan pemberian-pemberian pertunangan, jika ada, atau nilainya dan membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau bagi pihak yang satu lagi untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu, dan yang demikian itu boleh dituntut melalui tindakan dalam Mahkamah.

Rukun Nikah

  • Singah (lafaz ijab kabul)
  • Wali
  • Dua orang saksi
  • Calon suami
  • Calon isteri

Maskahwin (Mahar)

Maskahwin (mahar) adalah satu pemberian yang diberi kepada yang dikahwini sebagai hantaran bagi membolehkan bersama dan bermesra dengannya sama ada berupa wang atau benda yang berharga kepada syarak yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan. (Lihat surah al-Nisa’ 4: 4)

Maskahwin itu:

  • Sunat direndah, tidak terlalu mahal.
  • Sunat disebut di dalam aqad.
  • Sunat dijelaskan bayarannya sebelum dukhul (bersetubuh).
  • Sah disegerakan bayaran dalam majlis aqad, juga sah ditangguhkan kepada suatu masa tertentu.
  • Sekiranya berlaku perceraian sebelum dukhul, maskahwin yang boleh dituntut hanya separuh dari nilainya sahaja dan gugur yang separuh lagi.
  • Sekiranya suami mati sebelum dukhul, maka semua jumlah maskahwin menjadi pusaka kepada isteri.
  • Sah maskahwin daripada barangan yang berharga/bernilai pada syarak.

Walimatul ‘Urus

Adakanlah walimah meskipun dengan seekor kambing (Hadith Muttafaq alaih) Daripada Anas r.a., bahawa Nabi s.a.w telah mengadakan walimah ketika berkahwin dengan Safiah r.a. dengan kurma dan sawiq (tepung gandum yang halus.(Hadith Tirmizi)

Hukum Walimah

Menurut Jumhur, mengadakan walimah hukumnya sunat, bukan wajib. Orang yang diundang menghadiri walimah wajib ia menghadirinya.

Apabila kamu diundang menghadiri majlis kenduri kahwin hendaklah kamu menghadirinya (Hadith Bukhari & Muslim)

Syarat wajib hadir

  • Jemputan tidak dikhaskan kepada orang kaya sahaja.
  • Yang menjemput kenduri beragam Islam
  • Tidak menggunakan wang haram sebagai perbelanjaan kenduri.
  • Jika jemputan bertembung pada masa dan hari yang sama, maka jemputan yang terdekat (sebagai ahli keluarga atau tempat) didahulukan.
  • Majlis itu tidak terdapat perkara-perkara yang mungkar dan maksiat seperti: minuman arak, pergaulan bebas, hiburan lagha dan sebagainya.

Catatan

Perkahwinan merupakan satu ibadah. Islam memandang setiap amalan yang dilakukan oleh seseorang untuk mendapatkan pahala. Perkahwinan juga hendaklah dilakukan mengikut cara dan peraturan yang telah ditetapkan oleh syara’, iaitu permulaan dari pemilihan jodoh hingga kepada kenduri kahwin, melahirkan zuriat yang salih dan mendapat rahmat Allah swt dari dunia hingga ke hari akhirat.

Muzik dalam walimah

Memukul gendang (rebana) dan menyanyi dengan mengangkat suara waktu walimah pengantin, hukumnya boleh (harus), tidak haram, bahkan kata sesetengah ulama’, boleh menjadi sunat. (Prof. Dr. Mahmud Junus, Hukum Perkahwinan dalam Islam, ms 92)

Yang dibolehkan ialah muzik dan nyanyian yang halal, tetapi mengadakan perjudian, minuman arak, tari menari yang bercampur dengan yang bukan mahram, tetap haram hukumnya.

# Ini adalah artikel rintisan. Anda boleh membantu mengembangkannya.

Copyright secured by Digiprove © 2010 Syafrein Effendi Usman

Bad Behavior has blocked 104 access attempts in the last 7 days.

Switch to our mobile site