Celebrated Indonesian singer Gesang dies at 92
Demikian tajuk berita San Fransico Chronicle, 20 Mei 2010 tentang kepergian Gesang. Sedangkan Kyodo News mengemukakan tajuk:
‘Bengawan Solo’ composer Gesang dies at age 92
Kepergian beliau bukan saja dirasakan di Indonesia, tetapi juga di seluruh dunia.
Gesang meninggal dunia di Hospital PKU Muhammadiyah Solo pada Khamis, 20 Mei 2010, pukul 18.07.
Gesang Martohartono lahir di Surakarta, Jawa Tengah, 1 Oktober 1917. Namanya mencuat melalui lagu Bengawan Solo ciptaannya, yang terkenal di Asia, terutama di Indonesia, Malaysia dan Jepun.
Lagu ‘Bengawan Solo’ telah diterjemahkan ke dalam, tidak kurang dari 13 bahasa (termasuk bahasa Inggeris, bahasa Mandarin, dan bahasa Jepun).
Lagu ini diciptakan pada tahun 1940 ketika beliau berusia 23 tahun. Ketika itu Gesang sedang duduk di tepi Bengawan Solo, yang selalu kagum dengan sungai tersebut, mendapat ilham untuk menciptakan sebuah lagu.
Proses penciptaan lagu ini memakan waktu sekitar enam bulan.
Terima kasih banyak. Saya seorang profesor korea yang cintai Indonesia,teruiama sekali menyayangi Bengawan Solo ini. – Prof Kang
Copyright secured by Digiprove © 2010 Syafrein Effendi Usman

