Menjelang 31 Ogos saban tahun kita berpeluang mendengar lagu dendangan Sudirman (Allahyarhamuh) “Tanggal 31″. Penyanyi asal lagu ini ialah Ahmad C.B. atau nama lengkapnya Ahmad Chass Barra (Chass dibaca Khas).
Ahmad CB berasal dari Medan, Indonesia popular pada era 50-an dan 60-an dengan lagu-lagu:
- Belo-Belo (duet dengan Saloma)
- Kisah Di Geylang Serai
- Rentak Seratus Enam
- Mari Menari
- Cincin Belah Rotan
- Kacang Goreng
- dan lain-lain
Beliau juga pernah berlakon dalam filem Noor Asmara (1949) sebagai pelakon pembantu.
Lagu Tanggal 31 ciptaan dan nyanyian Ahmad CB pertama kali dirakamkan pada tahun 1957 khas untuk menyambut kemerdekaan Malaya. Kemudian pada era 80-an Sudirman merakamkan kembali lagu dalam album patriotik Abadi.
Sejak itu lagu ini dikaitkankan dengan Sudirman sedangkan penyanyi dan pencipta asalnya dilupakan. Bahkan Ahmad CB sepanjang pengetahuan saya tidak pernah menerima anugerah/penghargaan dari kerajaan.
Setelah menetap bebebrapa lama di Malaysia, beliau pulang ke kampung asalnya di Medan. Pada sekitar 1985 Ahmad CB datang ke Malaysia. Jalil Miran (Allahyarhamuh) memperkenalkan beliau kepada saya dan kami sempat bersembang-sembang di Jalan Raja Alang, Kuala Lumpur.
Setelah itu saya tidak lagi menerima berita dari beliau.
Tanggal 31
Ciptaan: Ahmad CB
Nyanyian: Sudirman
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarahTanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdekaMari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka
Cincin Belah Rotan
Especially For Our Readers ONLY Discover The Easy Passive Income System To $18,291.75 Per Month Automatically! ==> Secret Affiliate Weapon 2.0
Sorry but 0 could not be appended to your page
Copyright secured by Digiprove © 2010 Syafrein Effendi Usman

