Kita sedia maklum bahawa mantan juara tinju Mike Tyson telah memeluk Islam sewaktu dipenjara 1990-an. Namun, berita keislamannya masih menjadi tanda tanya sama ada dia benar-benar telah memeluk Islam atau sekadar berita sensasi semata-mata. Keraguan seperti ini juga terjadi dengan berita keislaman Michael Jackson.
Apabila membaca ArabNews.com (Jul 4, 2010 23:32) yang memaparkan foto Tyson sewaktu menziarahi Madinah, barulah kita yakin dia telah memeluk Islam.
Tyson tiba di Madinah pada Jumaat dan mengerjakan solat di Masjid Nabawi.
SaudiGazette.com.sa (5/7/10) pula melaporkan, Mike Tyson bersembahyang di masjid Quba’ dan Qiblatain pada hari Ahad. Kedua-dua masjid bersejarah ini merupakan tempat ziarah lazim bagi umat Islam yang mengunjungi Madinah.
Dia juga mengunjungi Universiti Islam Madinah dan bertemu dengan presdidennya, Dr Muhammad al-Oqla, dan rakyat Amerika Syarikat yang belajar di universiti tersebut.
Tyson pernah menjadi juara heavyweight dari 1986 hingga 1990 tiba di Madinah diuruskan oleh Persatuan Dakwah Kanada (CDA). Shazad Mohammed, presiden CDA, hadir di Prince Muhammad International Airport di Madinah menyambut kedatangannya.
Shazad Mohammed, seorang duta perdamaian PBB, memberitahu Tyson berada di Arab Saudi selama seminggu. Setelah mengunjungi Madinah, Tyson kemudian berangkat ke Makkah bagi menunaikan ibadah umrah. Setelah itu beliau ke Jeddah, Abha and Riyadh.
Selain mengunjungi dua tanah haram dan tempat-tempat bersejarah, beliau juga menemui masyarakat Saudi bagi mengetahui budaya dan tradisi mereka.
Kemana saja dia pergi, orang ramai sentiasa mengerumuninya, termasuk di hotel penginapannya. Ada yang sanggup menunggu berjam-jam semata-mata mahu melihat dan mengambil gambarnya.
Oleh kerana ramai orang mengerumuninya di hotel, dia menyamar dengan memakai penutup kepala (shimagh) salah seorang pengiringnya, dan bergegas keluar untuk solat zuhur di Masjid Nabawi. Namun, para peminat masih mengenali dan mengikutinya.
“Saya gembira kerana saya memiliki fans yang mencintai saya di sini, tapi saya berharap mereka memberi ruang kepada saya bersendirian agar saya dapat menikmati suasana kerohanian di Tanah Suci,” katanya.
Mike Tyson kelihatan menangis ketika berada di Raudah. Raudah menurut hadis Nabi SAW: “Di antara rumahku dan mimbarku adalah taman-taman syurga ….”
“Saya tidak dapat menahan airmata ketika menyedari bahawa saya benar-benar telah berada di salah satu taman syurga,” kata Tyson merujuk pada Raudah di Masjid Nabawi.
“Tyson begitu emosional ketika mengucapkan salam kepada Rasulullah SAW,” cerita Shahzad. “Dia menangis lebih setengah jam ketika berdiri di depan makam Nabi sambil melambaikan tangannya.”
“Dia terus berada di kawasan Raudah selama beberapa jam untuk bersolat, membaca al-Quran dan berzikir,” tambah Shahzad.
Selepas dipenjarakan, Tyson cuba untuk kembali bertanding dalam sukan tinju tetapi gagal merampas kembali gelaran juara dan akhirnya menamatkan karier sukan tinju pada 2005.
Ketika berada di Kazakhstan minggu sebelumnya, mengakui dia amat takut kepada Allah.
“Saya amat takutkan Allah. Saya sudah melakukan banyak kesalahan dalam hidup dan sering berfikir akan ke neraka kerana dosa saya. Saya berdoa memohon keampunan Allah setiap hari,” katanya dalam satu sidang akhbar.
Sorry but 0 could not be appended to your page
Copyright secured by Digiprove © 2010 Syafrein Effendi Usman
" rel="nofollow" target="_blank">


Pingback/Trackback
Syafrein Effendiuz
Pingback/Trackback
Syafrein Effendiuz
warith says:
sian tyson..kalaulah dia insaf awal2…
Pingback/Trackback
Syafrein Effendiuz
Syafrein Effendiuz says:
yang mustahak dia dah insaf … alhamdulillah!
Pingback/Trackback
Syafrein Effendiuz
Pingback/Trackback
Syafrein Effendiuz
Saharudin derus aji says:
Subhaanah Allah , alhamdullilah Amin He still the best ever boxer in the world . Welcome back iron Mike .