No: 734
Ibnu Abbas رضي الله عنه berkata: Rasulullah صلی الله عليه وسلم berkhutbah di hadapan kami seraya bersabda: “Sesungguhnya Allah telah mewajibkan haji atasmu.” Maka berdirilah al-Aqra’ Ibnu Habis dan bertanya: Apakah dalam setiap tahun, wahai Rasulullah? Beliau bersabda: “Jika aku mengatakannya, ia menjadi wajib. Haji itu sekali dan selebihnya adalah sunat.”
Riwayat Imam Lima selain Tirmidzi.
No: 735
Asalnya dari riwayat Muslim dari hadith Abu Hurairah.
Dari Ibnu Abbas رضي الله عنه bahawa Nabi صلی الله عليه وسلم telah menetapkan miqat untuk penduduk Madinah: Dzul Khulaifah, Penduduk Syam: Al-Juhfah, penduduk Nejed: Qarnul Manazil, Penduduk Yaman: Yalamlam. Miqat-miqat itu untuk mereka dari negeri-negeri tersebut dan untuk mereka yang melewatinya dari negeri-negeri lain yang ingin menunaikan haji dan umrah. Adapun bagi orang-orang selain itu maka miqatnya dari tempat yang ia kehendaki, sehingga penduduk Mekkah miqatnya dari Mekkah.”
Muttafaq Alaihi.
No: 737
Dari ‘Aisyah رضي الله عنها bahawa Nabi صلی الله عليه وسلم menentukan miqat bagi penduduk Iraq di Dzat Irq. Riwayat Abu Dawud dan Nasa’i.
No: 738
Asalnya dari riwayat Muslim dari hadith Jabir رضي الله عنه, namun para perawinya ragu-ragu akan kemarfu’-an hadith tersebut.
No: 739
Dalam shahih Bukhari disebutkan bahawa Umarlah yang menetapkan miqat Dzat Irq.
No: 740
Menurut riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Tirmidzi dari Ibnu Abbas رضي الله عنه bahwa Nabi صلی الله عليه وسلم menetapkan al-’Aqiqi sebagai miqat penduduk dari timur.
No: 741
‘Aisyah رضي الله عنها berkata: Kami keluar bersama Rasulullah صلی الله عليه وسلم pada tahun haji wada’. Di antara kami ada yang berihram untuk umrah, ada yang berihram untuk haji dan umrah, dan ada yang berihram untuk haji. Sedang Rasulullah صلی الله عليه وسلم berihram untuk haji. Bagi yang berihram untuk umrah, ia boleh menanggalkan ihramnya (tahallul) sewaktu datang (ke kota Mekkah). Adapun bagi yang berihram untuk haji atau menggabungkan antara haji dan umrah, ia tidak boleh menanggalkan ihramnya sampai pada hari raya Kurban.
Muttafaq Alaihi.
No: 742
Ibnu Umar رضي الله عنه berkata: Rasulullah صلی الله عليه وسلم tidak berihram kecuali dari sisi masjid (Dzul Hulaifah).
Muttafaq Alaihi.
No: 743
Dari Khallad Ibnu al-Saib, dari ayahnya رضي الله عنه bahawa Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda: “Jibril datang kepadaku, lalu memerintahkanku agar aku menyuruh sahabat-sahabatku mengeraskan suara mereka dengan bacaan talbiyah.”
Riwayat Imam Lima. Hadits shahih menurut Tirmidzi dan Ibnu Hibban.
No: 744
Dari Zaid Ibnu Thabit رضي الله عنه bahawa Nabi صلی الله عليه وسلم mengganti pakaian untuk ihram, lalu mandi. Hadits hasan riwayat Tirmidzi.
No: 745
Dari Ibnu Umar رضي الله عنه bahwa Rasulullah صلی الله عليه وسلم pernah ditanya tentang pakaian yang boleh dipakai oleh orang yang berihram. Beliau bersabda: “Tidak boleh memakai baju, serban, seluar, penutup kepala, dan kasut kecuali seseorang yang tidak memiliki sandal, ia boleh menggunakan kasut, namun hendaknya ia memotong bahagian yang lebih bawah dari mata kaki. Dan jangan memakai pakaian yang disapu dengan minyak za’faran dan wares.”
Muttafaq Alaihi dan lafaznya menurut riwayat Muslim.
Sumber:SalafiDB 4.0
Error
404 – File not found
http://ms.wikipedia.org/haji?action=render
We could not find the above page on our servers.
Did you mean to type http://ms.wikipedia.org/wiki/haji?action=render?
You will be automatically redirected there in five seconds.
Alternatively, you can visit the Main Page or
read more information about this type of error.
A project of the
href="//wikimediafoundation.org/wiki/Home" title="Wikimedia
Foundation">Wikimedia Foundation
Copyright secured by Digiprove © 2010 Syafrein Effendi Usman

