‘Aisyah رضي الله عنها berkata:
Rasulullah صلی الله عليه وسلم apabila memasuki sepuluh hari — yakni sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan — mengencangkan kain sarungnya, menghidupkan malamnya, dan membangunkan keluarganya.
Muttafaq Alaihi. Daripada kitab Bulughul Maram oleh Ibnu Hajar Al-Asqalani, No: 713
Dari ‘Aisyah رضي الله عنها bahawa:
Nabi صلی الله عليه وسلم selalu beri’tikaf pada sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan hingga beliau wafat, kemudian isteri-isteri beliau beri’tikaf sepeninggalnya.
Muttafaq Alaihi. Daripada kitab Bulughul Maram oleh Ibnu Hajar Al-Asqalani, No: 714
Dari ‘Aisyah رضي الله عنها bahawa:
Rasulullah صلی الله عليه وسلم apabila hendak beri’tikaf, beliau solat Subuh kemudian masuk ke tempat i’tikafnya.
Muttafaq Alaihi. Daripada kitab Bulughul Maram oleh Ibnu Hajar Al-Asqalani, No: 715
‘Aisyah رضي الله عنها berkata:
Rasulullah صلی الله عليه وسلم pernah memasukkan kepalany ke dalam rumah — beliau di dalam masjid–, lalu aku menyisir rambutnya dan jika beri’tikaf beliau tidak masuk ke rumah kecuali untuk suatu keperluan.
Muttafaq Alaihi dan lafaznya menurut Bukhari. Daripada kitab Bulughul Maram oleh Ibnu Hajar Al-Asqalani, No: 716
‘Aisyah رضي الله عنها berkata:
Disunatkan bagi orang yang beri’tikaf untuk tidak menjenguk orang sakit, tidak melawat jenazah, tidak menyentuh perempuan dan tidak juga menciumnya, tidak keluar masjid untuk suatu keperluan kecuali keperluan yang sangat mendesak, tidak boleh i’tikaf kecuali dengan puasa, dan tidak boleh i’tikaf kecuali di masjid jami’.
Riwayat Abu Dawud. Menurut pendapat yang kuat hadis ini mauquf akhirnya. Daripada kitab Bulughul Maram oleh Ibnu Hajar Al-Asqalani, No: 717
Especially For Our Readers ONLY Discover The Easy Passive Income System To $18,291.75 Per Month Automatically! ==> Secret Affiliate Weapon 2.0
Sorry but 0 could not be appended to your page
Copyright secured by Digiprove © 2010 Syafrein Effendi Usman

