Dari Ibnu Abbas رضي الله عنه bahawa ada seorang Arab Badwi menghadap Nabi صلی الله عليه وسلم, lalu berkata: Sungguh aku telah melihat bulan sabit (satu haribulan).
Nabi صلی الله عليه وسلم bertanya: “Apakah engkau bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah?”
Dia menjawab: Ya.
Baginda bertanya: ”Apakah engkau bersaksi bahawa Muhammad itu utusan Allah.”
Dia menjawab: Ya.
Nabi bersabda: “Umumkanlah pada orang ramai wahai Bilal, agar esok mereka berpuasa.”
Riwayat Imam Lima. Hadits shahih menurut Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban, sedangkan Nasa’i menilainya mursal.
Daripada kitab Bulughul Maram oleh Ibnu Hajar Al-Asqalani, No: 671
Sorry but 0 could not be appended to your page
Copyright secured by Digiprove © 2010 Syafrein Effendi Usman

